BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 10, 2016

JOGJAKARTA (PART ONE)

Memandangkan ramai yang tanya pasal Jogja,I terpaksa gigihkan update pasal ite Jogja.
Lagipun ngah demam AADC2 kan,tue yang buat rindu balik dekat Jogja.
Plan asal aku berdua dengan kak Sakura,terdetik terus ingat dia sebab time tue AA ngah promo.
Kerugianlah kalau aku lepaskan,nasib baik dia on je,lepas tue kazen dia lagi 3 orang nak join tapi diaorang xdapat harga promo tue.Rezeki kami grab cepat.
Ok r,kita terus start hari pertama.

Hari per-1 (04112015)
Aku and kak Sakura malas nak drive and last minute ayah k.Sakura xdapat hantar,makanya kami naik bus Transnasional dari M.C jam 10.30 pagi.Glabah gak takut last minute tix habis,Alhamdulillah ada tix even bus full.Harga tix dari M.C tak silap RM26,mahal betei,kalah g K.L yang atas dari KLIA2.
Kami sampai KLIA2 around pukul 12.30p.m and kazen2 kak Sakura belum sampai lagi,takpe ada masa lagi sebab tix flight pukul 3.30 p.m.Sementara tue kami g sembahyang and lunch,lapar kot.
Lepas kazen2 k.Sakira sampai,kami terus check-in and nie first time aku jumpa kazen2 k.Sakura.
Alhamdulillah,kazen2 k.Sakura baik sangat ,makna taknya,sampai2 dah kena nganjing,siap abng Apiz yang x g pun join ngajing aku.Hampehhhh tapi ok r,diaorang buat aku macam kazen diaorang gak,terus aku jadi selesa.Flight berlepas tepat 3.30p.m and kami sampai Airport Adisucipto Jogja pukul 5.30p.m and pak Andy supir sepanjang kami kat sana dah tunggu sambil pegang kertas tulis nama aku.Lupa nak amek gambar dia time tu and pak Andy very recommended ok.Nanti next post aku bagi no contact dia and masuk2 je dalam kereta dia terus bagi simcard Indon.
Dia suruh kitaorang pakai cepat supaya kitaorang boleh contact family kat Malaysia,takker aku cakap pak Andy nie bagus orangnya.
Dah simcard tue dapat sorang satu and free occay.
Lepas tue ada nak tukar duit lagi termasuk aku,pak Andy nie bawak satu toko mony changer sebelum gerak ke hotel,nyesal tukar kat Malaysia,tukar kat Jogja dapat banyak kot.
Ingat nie tips untuk korang,tukar duit kat Joga je,takyah gelabah tukar kat Malaysia.
Lepas setel tukar duit,kami terus ke hotel kami.Aku setel bahagian supir,bab hotel k.Dina yang uruskan.
Hotel pun terbaik weyh walaupun tak 5 starss tapi breakfast antar sampai dalam bilik k.Bersih pun bersih,murah pun murah.
Bab hotel pun nanti next post untuk expenses Jogja k.
Lepas dah check-in,kami keluar balik untuk dinner.
Pak Andy bawak ke warung penduduk sana,tue yang best pak Andy nie,dia kenalkan kami dengan makanan tradisi Jogja tapi kitaorang mintak.Aku dah lupa aku makan apa tapi yang aku ingat air aku minum tea gula batu.Not bad,g negeri orang kena test smua street food diaorang.
Lepas makan,pak Andy bawak kami ke Alun-Alun Kidul,tempat nie macam Klebang r tapi dia padang besar.itu tempat anak2 muda lepak,family and meriah r.
Kitaorang naik becak,macam beca Malaysia  tapi sana lagi best sebab boleh 2-8 orang naik and kita kena kayuh sendiri.
Memasing xnak kalah letak lagu sound kuat2,itu tarikan diaorang.Terbakar lemak weyh nak kayuh pusing satu padang bola sepak besar tapi aku tak kayuh,suka I sebab aku dikecualikan.HIKS!
Lepas dah berliburan di sana,pak Andy bawak kitaorang g pekena piang cheese.
Roti cheese?Weyhhhh,Malaysia adalah,buat apa try ini.
Lalalalalalalala,pak Andy bawak sebab kami teruja pak Andy bilang yang cheesenya melimpah ruah tapi murah kok.
Waduhhhhh,kami setuju aja,dasar kuat mentedarah,kenyang tadi pun tak hilang lagi.
Cafe dia macam ala-ala hipsturrrr,jumpalah kami budak-budak Jogja yang hipsturrrr melepak and dah pukul 10 malam pun,Jogja macet bangat lo.
Not bad,kami makan kongsi sebab just nak rasa je,nasib baik kongsi,if tak membazir xhabis.
Lepas supper katanya,pak Andy bawak kami jejalan ke Jalan Malioboro.Yayyyy!!!
Tempat aku paling nak g tapi akhirnya aku tak dapat amek gambar kat signboard dia,hampehhhhh.
Apa yang aku perhati,budak-budak Jogja baru nak up guna dslr sebab mana aku nampak semua dok sangkut dslr,amek gambar sana sini and kitaorang guna gopro,diaorang dah pandang pelik.
Maybe Jogja lambat sampai kot,maybelah.
Lepas dah ronda-ronda,barulah rasa capek and balik hotel.
Katil besar woiiiii,taubat dah nak tido hostel.
Ini kali bagi hotellah k.
Occay,setel day one dekat Jogja.
Esok kena bangun pagi untuk aktiviti air.













Hari ke-2 (04112015)
Morningggggggg,morning abah kaulah time nie taip hari dah tongahari.
HIKS!
Ok,hari ke-2 plan weolzzz nak g  tour gua guna pelampung kat Gua Pindul.
Pak Andynya betul betul punctual ok,pukul 7.30 pagi dah dok tunggu kat luar,Indon macam Sabah Sarawak,pukul 5.30a.m dah terang benderang.
Kami semua pakat tak mandi,yealarh kang basah gakkan.
Makanya dalam pukul 8 dah gerak,perjalan dalam sejam lebih dari bandar Jogja.
Oh yaaaa,sebelum gerak bekpes hotel nie awal pagi dah hantar.Pukul 6 macam tue dah sampai kot,knock kock "bekpesnya mbak".
Eksitedlah makan,sekalinyaaaa dapat,nanti I tunjuk gambar k apa yang wat kitaorang xjamah bekpes tue.
Sampai kami di Gua Pindul adalah dalam pukul 10 gitu,sampai sampai terus buat tour.
Syukur Alhamdulillah,orangnya nggak ramai.Nyaman ok tanpa orang ramai nie.
Tour dalam tue adalah dalam setengah jam lebeh campur terjun tiruk,aku tak buat sebab aku dikecualikan.SOBS!
Sana ada toilet,kat situ korang boleh salin baju and mandi.
Lepas tue kitaorang gerak g Gendola Temang Beach.
Yihaaaaa,aktiviti nie paling aku tunggu.
Sebelum tue kita singgah makan dulu,time tue makan bakso tak silap aku.
Macam biasa,kedai tepi jalan pilihan pak Andy,kitaorang occay aja.
Hmmmm,menu nie wajib ker ada erk?
Nanti aku upload gambar menu apakah itu k,hahahahhaa.
Lepas setel makan,ayuh kita bergendola yukkk.
Aduhhhh,jalan masuknya sarat bangat lo.
Berbukit bakau,dengan jalan lopak sana-sini,jahanamlah kereta avanza pak Andy nie.
Nasiblah lo pak dapat customers mau ke ana.Hahahaha.
Bukit bakau kami sudah redahi,maka sampailah.
Sampai je aku terus teruja gile weyh sebab pemandangannya SUBHANALLAH cantik gila weyh,dngan angin laut yang sejuk,rasa nak menangis tengok ciptaan Allah s.w.t nie.
Nak naik benda tue,kena jalan masuk sikit and hati-hati k,banyak curam.
Sampai je ke gendola,perasaan berkobar-kobar nak naik terus drop weyh,pikir betul aku nak naik mende nie.
Rasa nak patah balik tapi semua nak naik and diaorang kata cubalah,aku terus ok.
Tapi time tue,hanya Allah je tahu,menggigil weyh kepala lutut,dah sejuk angin,seluruh badan terus sejuk.
Gendola nie asalnya untuk penduduk kampung sana buat tangkap lobster tapi ada orang luar pernah naik,terus pemes dan terus jadi antara satu attractions kat Jogja.
Siapa nak naik tue,please pikir ko ada insurans ker tak?
Benda tak ley jangka kan tapi Alhamdulillah,aku and membe2 slamat.Hahahahaha
Harga kat sana boleh nego tau,itupun aku tau dari membe kat IG.iIf tak,kitaorang proceed jewlah ngan harga tue.
Memula nak naik memang takut tapi bila dah sampai tengah,rasa macam burung terbang melintasi laut.Hahahahhaa.
Tapi gerun gak weyh,bawah pusar air plus ombak besar,rasa macam menyerah bagi nyawa dekat penjaga laut je.
Gendola tue akan bawak kita  ke seberang,kat sana ikut ko r nak lepak bape lama.
Bukan ada pun kat sana,paling lama pun setengah jam,bila nak balik tue mula r kecut bagai balik.
Bagi aku time balik lagi seram weyh dari time g,rasa nak menangis.
Bila dah sampai tue,rasa kaki tak pijak tanah bab menggigil tak hilang.
Asalnya lepas tue kitaorang nak tengok sunset kat Pantai Parangtritis tapi pak Anday kata nggak sempat sebab jauh gak,makanya kami tengok sunset kat Temang beach.
Layan habis weyh dengan Temang beach,mana tak sejuk,belah sana Aussie,tue ombak buas semacam.
Lepas dah layan sunset,gerak balik bandar.
G cari dinner,memang style r pak Andy.
Kali nie kitaorang makan betul2 kat street food,kalau sini warung style makan atas kerusi ada meja,sana dok lambak atas tikar je.
Best gak cara camnie,macam mengeratkan ukhwah dengan orang lain,gittuuu.
Lepas makan,kitaorang g shopping kasut jap sebab abang Lan and kak Ina kena beli kasut sebab esok acah-acah nak g naik gunung and kasut kak Ina pun wat hal.
Pak Andy bawak satu mall yang mmang crowded gila dengan budak remaja,situ semua jenama ada tapi tak orilah tapi memang nampak ori.
Aku hampir tergoda gak tapi aku berjaya melawan godaan itu,kasut Adidas tue cantik gila,nasib pikir esok kena hidup lagi.
Lepas setel,balik hotel sebab pukul 3 pagi kena gerak g Gunung Merapi,nak kejar sunrise.
Demi sunrise,gigih ok baru balik 12.30 tengahmalam and kena bangun pukul 2 pagi untuk siap.
Memang pishangggg r otak hari ke-3 tue.
Occay,takat ini hari ke-2 di Jogja.
Hari ke-3 nanti aku sambung,pitam lapar nie.





















 وسلام
  04-Sya'aban-1437H
15:05,10-May-2016




No comments:

Post a Comment